Saturday, March 17, 2012
Saturday, March 3, 2012
Tawaran Istimewa Terkini Dari Public Gold
10 Dirham-Tawaran Istimewa Terkini Dari Public Gold yang ditawarkan kepada dealer yang dapat merekrut seorang dealer baru. Rebutlah peluang ini kerana 10 Dirham yang diberikan percuma ini adalah dari edisi terhad.
Friday, February 24, 2012
( Panas ) DIRHAM PUBLIC GOLD
Public Gold telah mengeluarkan produk terbaru iaitu Dirham ( Silver ). 10 Dirham dengan berat 29.75g dibuka pada harga RM150.00. Ini memberi peluang untuk mereka yang mempunyai modal yang kecil dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin menjalankan aktiviti trading, ini kerana silver kadar kenaikannya amat tinggi. Kepada yang belum lock, bolehlah berbuat demikian. Semoga anda kaya dan berjaya...Berminat untuk memiliki 10 Dirham ini boleh hubungi atau sms kat 013-964 0142
Friday, February 3, 2012
(Panas) HARGA EMAS DUNIA DI JANGKA MENINGKAT- UTUSAN MALAYSIA.
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun
pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua
Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.
Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.
Beliau
berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras
hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan
peningkatan permintaan daripada China dan India.
Brice
berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan
kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.
Malah
iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga
komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata
beliau lagi.
Brice
berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan
Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.
Beliau
menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara
seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin
meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.
Menurut
Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah
turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.
Sementara
itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding
AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi
yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.
Katanya,
sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong
pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah
berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Brice
juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah
sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku
kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.
Sumber : Utusan Malaysia
Sumber : Utusan Malaysia
Wednesday, February 1, 2012
KEMPEN X-PLAN KEMBALI LAGI..
Kempen X-Plan kembali lagi. Tukarkan emas lama anda ke Emas Public Gold. Public Gold membeli sebarang bentuk emas dengan harga tertinggi. Tempoh promosi bermula 1 Februari hingga 29 Februari 2012. Jangan lepaskan peluang keemasan ini !
Monday, January 16, 2012
Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020
Berita Harian
17/01/2012
STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000
seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong
permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.
Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.
Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.
Tuesday, December 27, 2011
Harga Semasa Public Gold
Sila klik di sini untuk mengetahui harga semasa Public Gold.http://www.publicgold.com.my/v1/
Subscribe to:
Posts (Atom)