Maksud Hadis

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Thursday, October 27, 2011

Petikan Kosmo 28 Oktober 2011


Perth perkenalkan siling emas gergasi


PERTH - Kilang duit siling Perth Mint di Australia semalam memperkenalkan sekeping duit siling emas yang didakwanya terbesar di dunia.
Siling emas berkenaan memiliki berat lebih satu tan dan bernilai sekitar AS$55 juta (RM171.8 juta).
Sebelah siling itu tertera gambar seekor kanggaru sedang melompat. manakala sebelah lagi memiliki profil ketua negara Britain, Ratu Elizabeth II.
Siling emas itu diperkenalkan sempena sidang kemuncak negara-negara Komanwel yang akan dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II di sini pada minggu ini.
Siling gergasi seberat 1,012 kilogram itu mengandungi 99.99 peratus emas tulen. Lebar siling itu hampir 80 sentimeter (sm), sementara tebalnya ialah 12sm.
Kilang wang tersebut mengambil masa 18 bulan untuk menghasilkan siling tersebut yang kini dipamerkan kepada orang ramai.

Tuesday, October 11, 2011

RAMALAN EMAS $ 5,000 & PERAK $ 200

Rob McEwen, Ketua Pegawai Esekutif AS Gold Corp meramalkan bahawa harga EMAS akan meningkat kepada $ 5,000 / auns dan PERAK $ 200 / auns. Sama-samalah kita berdoa agar ianya menjadi kenyataan. So, kepada yang ingin menambah stok, bolehlah berbuat demikian kerana harganya masih lagi rengah dan kepada yang ingin memulakan perlaburan bertindaklah dari sekarang.........

Berminat untuk membuat pelaburan, hubungi saya di talian 013-9640142. 

Maklumat lanjut   http://news.goldseek.com/GoldSeek/1313942400.



Sunday, October 2, 2011

JADUAL SEMINAR PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD DI KELANTAN - OKTOBER 2011

Peluang Perniagaan Emas Public Gold (Kota Bharu)
Sunday, 23 Oktober 2011, 8:30 pm – 10:30 pm

Speaker : Mahaguru Syukor Hashim
Fee : FREE
Venue : Public Gold Kota Bharu Branch
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

'Financial Freedom' bersama Public Gold (Kota Bharu)
Friday, 28 Oktober 2011, 8:30 pm – 10:30 pm

Speaker: Mohd Fazli bin Ismail (a.k.a. Pokli)
Fee: FREE
Venue: Public Gold Kota Bharu
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Menjana Kekayaan Bersama Public Gold (Kota Bharu)
Wednesday, 19 Oktober 2011, 8:30 pm – 10:30 pm

Speaker : Mohd Faizan Dasuki
Fee : FREE
Venue : Public Gold Kota Bharu Branch
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-964 0142 butiran-butiran berikut
1. Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:
SEMINAR: Ahmad bin Abu, 25/2/2011, Kota Bharu.
Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:

SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Ahmad bin Abu, 2. Halimah Ayob, 3. Halim Ali. , 4. Linda Onn, 25/2/2011. Kota Bharu

Tuesday, September 27, 2011

Harga emas jatuh mendadak

Petikan dari Berita Harian

2011/09/
Pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir 20 peratus

ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.

Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.

Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.

Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.

Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.

Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.

Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.

Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya.

Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.

Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya.

Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek.

Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya. Reuters

So, belum terlambat lagi untuk kita melabur dalam emas ini. Berminat hubungi 013-9640142

Monday, September 5, 2011

JADUAL SEMINAR PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD DI KELANTAN.

Peluang Perniagaan Emas Public Gold (Kota Bharu)
Saturday, September 10 2011, 8:30pm - 10:30pm
Speaker :Mahaguru Syukor Hashim
Fee : FREE
Venue :

Public Gold Kota Bharu Branch
Tingkat 1, Lot 257,
Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu,
Kelantan Darulnaim.
Location: Public Gold Kota Bharu Branch

Financial Freedom' bersama Public Gold (Kota Bharu)
Friday, September 30 2011, 8:30pm - 10:30pm
Speaker: Mohd Fazli bin Ismail (a.k.a. Pokli)
Fee: FREE
Vanue:
Public Gold Kota Bharu
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Location: Public Gold Kota Bharu

Menjana Kekayaan Bersama Public Gold (Kota Bharu)
Wednesday, September 21 2011, 8:30pm - 10:30pm
Speaker : Mohd Faizan Dasuki
Fee : FREE
Venue :
Public Gold Kota Bharu Branch
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Location: Public Gold Kota Bharu Branch

Berminat untuk hadir seminar, hubungi @ sms 013-964 0142

Friday, August 12, 2011

Fahami pelbagai kos jual beli emas



Celik Kewangan
SEJAK kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai pelaburan dalam jongkong emas (gold bar). Saya berasa musykil apakah kelebihan membuat pelaburan dalam bentuk jongkong emas dengan membeli barang kemas (sebagai perhiasan)? Manakah yang lebih menguntungkan?
LAILI RAHMAn
Taman Desa
EMAS sentiasa menjadi topik pelaburan yang hangat, lebih-lebih lagi selepas kita melihat harga emas melonjak dalam tempoh dua tahun lepas. Dari segi dolar Amerika, harga emas telah naik sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun lepas dan lebih 150 peratus dalam tempoh empat tahun lepas. Sebab itulah emas kini mendapat perhatian ramai.
Soalnya apakah cara terbaik untuk meraih keuntungan daripada emas? Ada pelbagai cara anda boleh melabur dalam emas. Anda boleh membeli emas dalam bentuk fizikal sebenar dan ini mungkin dalam bentuk jongkong emas atau syiling emas. Syiling emas contohnya, Kijang Emas, mungkin lebih popular di Malaysia. Apabila membeli syiling emas, bank akan menyebut harga belian dan harga jualan. Inilah harga di mana bank akan membeli emas daripada anda atau menjual emas kepada anda. Dua harga ini adalah berbeza dan inilah kos anda untuk memiliki emas.
Sebagai contoh, untuk satu auns emas, harga jualan ialah RM5,571 bagi Kijang Emas. Inilah harga satu auns Kijang Emas yang dijual oleh bank kepada anda. Harga belian balik ialah RM5,352 bagi satu auns Kijang Emas. Inilah harga bank akan membeli balik satu auns Kijang Emas daripada anda, atau dengan kata lain, anda akan menjual balik barang kemas anda pada harga ini. Jika anda mahu membeli emas, anda boleh berbuat demikian pada harga RM5,571 dan menjualnya pada RM5,352. Perhatian bahawa terdapat perbezaan 4.0 peratus antara kedua-dua harga ini. Jika anda membeli Kijang Emas, katakan pada harga RM5,571, anda perlu menunggu harga belian balik RM5,352 untuk naik melebihi harga belian RM5,571 untuk meraih untung. Oleh itu ada baiknya meninjau sama ada terdapat harga jualan dan belian yang lebih baik.
Sebagai pilihan, anda boleh membeli barangan kemas daripada kedai emas. Kaedah ini menjadi pilihan utama di Timur Tengah dan Asia. Umumnya terdapat harga emas runcit yang ditetapkan oleh Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia (www.fgjam.org.my) yang memberikan panduan tentang kadar emas yang ditawarkan oleh kedai emas. Anda perlu ingat bahawa barangan kemas berhubung kait dengan arah hala dan terdapat bahagian tertentu kos barangan kemas yang berkaitan dengan kerja ketukangan.
Jika barangan kemas dileburkan, anda mungkin kehilangan nilai kos berkait dengan kerja ketukangan tersebut, kerana nilai akhir yang dikira adalah hanya berasaskan nilai emas.
Selain itu adalah sukar untuk mengesahkan kandungan emas. Jadi nilai barangan kemas anda mungkin tidak mudah dan sukar ditentukan secara konsisten. Anda juga perlu mempertimbangkan faktor simpanan, sebagai contoh, menyewa peti besi atau peti simpanan selamat jika anda mempunyai jumlah emas yang besar.
Satu lagi cara yang semakin popular sejak dua tahun lepas ialah akaun buku simpanan emas. Apabila anda membuka akaun tersebut, anda akan diberikan buku simpanan.
Ia berfungsi sama seperti akaun simpanan. Apabila gaji anda dikreditkan ke dalam akaun simpanan, anda tidak memegang tunai secara fizikal sehingga anda mengeluarkannya daripada ATM.
Oleh sebab terdapat pelbagai kaedah untuk membeli emas, anda perlu memahami kos menjual beli emas. Satu lagi, emas diniagakan dalam dolar Amerika, dengan itu terdapat risiko tukaran asing bagi pelabur yang membeli emas dalam mata wang lain, seperti Ringgit Malaysia (RM).
Sebarang keputusan melabur dalam emas hendaklah dibuat untuk jangka panjang. Berdasarkan pergerakan pasaran saham, emas memberikan perlindungan terhadap ketidaktentuan global. Selain itu, emas merupakan lindung nilai yang baik terhadap inflasi. Justeru, emas merupakan kelas aset yang patut dipertimbangkan.

Harga Emas FGJAM Naik Lagi..


Harga emas FGJAM naik lagi berkuatkuasa 12 Ogos 2011.

Tuesday, August 9, 2011

HEBATNYA EMAS, UNTUNGNYA EMAS…

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan….
Di sini ingin saya berkongsi dengan pembaca semua di mana hebatnya emas dan untungnya emas bak kata pepatah belum cuba belum tahu. Saya mula membeli emas
( buat pelaburan ) Public Gold pada 27 Oktober 2010 ( contoh invoice di bawah ) dengan harga RM14,886.00 untuk 100 gram. ( Saya beli 3 keping 100 gram ) dengan harga RM44,658.00. Dengan harapan emas akan naik seperti yang digembar-gemburkan oleh otai-otai pelaburan emas.



Belum pun sampai satu tahun, keuntungannya sudah mencapai RM7833.00. Dimana harga emas yang dikira pada 10/08/2011 jam 9:15 am. Harga PG Buy untuk 100gram ialah RM17,497.00. Jumlah untuk 3 keping 100 gram ialah RM52,497.00.
( RM52,491.00 – RM44,658.00 = RM7833.00 ) atau RM2611.00 bagi setiap keping emas. Sudah di buktikan betapa hebatnya emas dan untungnya emas. Betullah seperti kata otai-otai pelaburan emas.



Cerita kedua yang ingin dikongsikan pada semua ialah ada dealer saya membeli emas PG pada harga RM15,200.00 ( 100gram ) pada tarikh 11 Oktober 2010. Oleh kerana beliau ingin menggunakan duit, beliau menjual emasnya pada saya pada harga RM16,200.00 sekitar dua minggu lepas ( hujung bulan Julai ). Beliau mendapat untung lebih kurang RM1000.00. Pada minggu ini, harga emas telah meningkat sehingga hampir USD1780 dan jika saya menjualnya saya akan mendapat keuntungan sehingga RM1500.00 lebih hanya dalam beberapa minggu sahaja walaupun peristiwa ini jarang-jarang berlaku itulah kehebatan emas yang tidak dapat di sangkal lagi.

Kesimpulannya tidak rugi jika kita melabur dalam emas kerana keuntunganya sangat lumayan berbanding dengan simpanan biasa atau ASB. JOM BELI EMAS.
Berminat boleh hubungi saya : 013-964 0142

Sunday, August 7, 2011

Krisis ekonomi global dorong pelabur pilih emas


2011/08/08
ISU ketidakseimbangan global sering di kaitkan dengan kedudukan defisit akaun semasa Amerika Syarikat (AS) serta pelarasan yang seharusnya berlaku terhadap kadar tukaran wang asing global khususnya bagi negara Asia.

Kebimbangan ini berdasarkan risiko terhadap aliran modal masuk yang selama ini menjadi tonggak kepada imbangan pembayaran AS.
Jika berlaku pengeluaran aliran modal secara besar-besaran, maka ia akan memberi kemudaratan kepada ekonomi AS, sekali gus kepada ekonomi dunia.

Terdapat kajian akademik yang mencadangkan supaya pelarasan ini perlu berlaku melalui penyusutan nilai mata wang asing AS, diikuti peningkatan nilai mata wang negara lain khususnya Asia.

Ia berdasarkan fakta bahawa kebanyakan negara Asia mempunyai lebihan akaun semasa yang tinggi berikutan nilai eksportnya yang sentiasa melebihi import.

Justeru, pelbagai kritikan dilemparkan terhadap mata wang Asia khususnya China supaya nilainya dinaikkan ke paras lebih sesuai.

Padahal, kebanyakan negara barat seperti AS, Greece dan Portugal mempunyai pegangan emas yang tinggi, sekali gus menandakan nilai sokongan terhadap mata wang ini adalah kukuh memandangkan ia bersandarkan kepada satu nilai yang tinggi.
Perangkaan terbaru di keluarkan World Gold Council (WGC) menunjukkan peratusan pegangan emas terhadap rizab antarabangsa bagi negara seperti Portugal, Greece dan AS masing-masing adalah 81.0 peratus, 79.3 peratus dan 74.6 peratus pada suku pertama 2011.

Situasi ini amat berbeza jika di bandingkan dengan negara Asia yang mana pegangan emasnya adalah jauh lebih rendah, iaitu sekitar 0.0 peratus hingga 8.4 peratus.

Persoalannya, adakah ketidakseimbangan global hanya perlu di selesaikan melalui pelarasan dalam kadar tukaran asing semata-mata?

Perlukah bank pusat Asia mula meningkatkan pegangan emasnya bagi memastikan mata wang masing-masing sentiasa di sokong oleh satu nilai yang kukuh?

Bagi persoalan pertama, sudah tentu pelarasan mata wang bukan jalan penyelesaian mutlak. Perubahan struktur ekonomi di AS juga perlu berlaku seperti peningkatan kadar tabungan serta nilai eksport bagi memperbaiki ketidakseimbangan global ini.

Pastinya, proses itu akan mengambil masa panjang memandangkan saiz perbelanjaan swasta AS yang besar, iaitu sekitar 70 peratus sejak 1929.

Bagi persoalan kedua pula, usaha untuk meningkatkan pegangan emas oleh bank pusat di Asia perlu di lihat sebagai langkah bijak berikutan pelaburan dalam sekuriti hutang seperti bil perbendaharaan AS tidak stabil.

Perkara itu penting kerana setiap wang yang diterbitkan bank pusat adalah liabiliti yang di sandarkan kepada nilai asetnya.

Jika aset itu tidak mempunyai nilai stabil, maka sokongan atau sandaran wang yang di keluarkan juga adalah lemah.

Umum mengetahui, harga emas mencatatkan nilai tertinggi pada paras AS$1,600 seauns baru-baru ini.

Terdapat beberapa faktor penyumbang terhadap kenaikan harga emas seperti inflasi yang tinggi serta ketidakpastian ekonomi global seperti krisis hutang negara Eropah yang mampu menggugat pertumbuhan ekonomi dunia.

Faktor seperti permintaan dan penawaran juga memainkan peranan penting dalam penentuan harga emas.

Pada 2010, permintaan emas mencatatkan pertumbuhan 9.8 peratus berbanding pertumbuhan penawaran emas iaitu 1.8 peratus.

Kebanyakan permintaan emas ini adalah bagi tujuan barang kemas yang mewakili 51 peratus daripada jumlah keseluruhan permintaan.

Selebihnya, adalah untuk pelaburan iaitu 37 peratus dan penggunaan industri dan pergigian yang mewakili 12 peratus daripada keseluruhan permintaan.

Justeru, prospek bagi harga emas adalah baik memandangkan permintaannya yang tinggi serta kedudukannya sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dan ketidakpastian dalam suasana pelaburan dunia.

Berdasarkan ini, dolar AS masih di anggap mempunyai nilai sandaran yang baik memandangkan pegangan emas bank pusat adalah tinggi.

Justeru, andaian bahawa penurunan nilai dolar AS seperti yang di sarankan oleh pihak tertentu, mungkin tidak akan berlaku secara mendadak.

Di samping itu, bank pusat Asia mungkin perlu memikirkan strategi untuk meningkatkan pegangan emas memandangkan ketidaktentuan pasaran serta kitaran perniagaan yang semakin pendek akan menjejaskan nilai pegangan sekuriti hutang kerajaan negara maju.

Penulis ialah Penganalisis Ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd

Monday, August 1, 2011

Prestasi Harga Emas diunjur Terus Melonjak


Oleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum@bharian.com.my
2011/08/02
Pelaburan dijangka beri pulangan 24 peratus setahun

PELABURAN dalam emas diunjurkan mampu memberikan pulangan sehingga 24 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan harga logam berharga itu dijangkakan mencecah AS$2,100 seauns menjelang 2014.
Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata permintaan bagi emas dijangkakan terus meningkat terutama dari China serta India berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
Beliau berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu berikutan masalah hutang di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.

“Kami yakin dengan prestasi harga emas berikutan permintaannya dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan separuh kedua di Kuala Lumpur, semalam.

Brice berkata, pihaknya menjangkakan harga emas mampu mencecah paras AS$1,650 seauns menjelang akhir tahun ini.

Keadaan persekitaran kadar faedah benar yang negatif di AS juga mendorong kepada peningkatan permintaan emas kerana kebiasaannya ia sangat tinggi ketika kadar faedah benar adalah negatif, jelasnya.
“Dalam tempoh Disember 2007 hingga kini, emas mencatatkan pulangan terkumpul sebanyak 43 peratus,” katanya.

Harga emas terus didagangkan kukuh mencecah AS$1,632.30 seauns Jumaat lalu berikutan data ekonomi yang lemah di AS.

Bagaimanapun, harganya jatuh 0.7 peratus kepada AS$1,615.19 pada sesi dagangan semalam berikutan persetujuan pemimpin kongres AS untuk menaikkan had hutang dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengelak potensi gagal membayar hutang.

Selain emas, Brice berkata, pelaburan pasaran ekuiti juga dijangka memberi pulangan baik dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Beliau berkata, di sebalik keadaan tidak menentu di pasaran dunia, pasaran ekuiti masih mencatatkan prestasi baik berbanding kelas aset lain.

“Pada separuh pertama tahun ini, pasaran ekuiti mampu mencatatkan aliran meningkat walaupun ada beberapa berita buruk di pasaran seperti krisis hutang di Eropah dan AS, gempa bumi di Jepun serta krisis politik di Asia Barat.

“Ini bermakna terdapat kecairan di dalam pasaran kewangan dunia ketika ini yang menggalakkan aktiviti pelaburan,” tambahnya.

Beliau berkata pasaran ekuiti di China, Korea, Taiwan dan Jepun dijangka menarik perhatian pelabur asing kerana harga sahamnya sangat murah serta menawarkan pulangan yang menarik jika dibandingkan dengan pasaran saham lain.

Sunday, July 31, 2011

7 SEBAB HARGA EMAS AKAN MENINGKAT.


Harga emas telah meningkat sebanyak EMPAT KALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini hanyalah permulaan kepada peningkatan MELAMPAU emas.
7 KUASA BESAR akan menolak emas sehingga mencapai harga $1,900
1.Pengeluaran Emas Tahunan Berkurang
Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumber semakin kurang dan kualiti semakin menurun.
Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali - menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.
China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku... harga emas akan panik dan naik mendadak!
2.Emas Makin Susah Dicari!
Semakin sedikit penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik. Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar, syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang merbahaya dari segi geografi dan politik.
Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243 setiap oz... ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka mendapat apa-apa!
Apabila emas makin susah dicari... emas yang ada sekarang semakin bernilai... dan sesiapa yang memegangnya sekarang... boleh mendapat untung yang amat besar selepas ini...
3.Permintaan Pelaburan Untuk Emas
Institusi pelaburan besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat peruntukan yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi 1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang ramai.
Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.
Dalam ayat World Gold Council sendiri...
Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.
Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka mahukan emas --- dan mahukannya cepat!
Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya... semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!
4.Bank Pusat Sibuk Membeli Emas!
Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah - termasuk IMF - sebanyak 400 tan sahaja.
Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran.
Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.
Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!).
Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.
Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga..
5.Gesaan Untuk Mata Wang Berasaskan Emas
Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas - macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970.
Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka --- meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.
Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.
Dengan kata lain - emas bakal menjadi "wang baru" untuk kebanyakan negara --- terutama sekali negara-negara Islam.
6.Permintaan Emas Hangat Di Asia
Dengan 2.5 bilion orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia. Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.
Tapi sekarang... China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak...secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.
Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?
Harga emas akan meningkat lagi.
7.Emas Di Dalam Secular Bull Market
Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita melihat harga mendadak naik dalam harga emas.
Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas, membuatkan teknologi "bubble" (pada tahun 1998-2000) dan housing "bubble" (2007-2010) nampak kecil berbanding "bubble" emas yang akan berlaku.
Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.
2011 ialah masa terbaik untuk membeli emas. Percaya atau tidak, lebih banyak orang melepaskan emas sekarang, lebih baik anda beli sekarang kerana mereka ingat masa menyimpan emas sudah berakhir.
Beli Emas Sekarang, Sebelum Harga
Terlalu Mahal Untuk Anda Dapatkannya...

Apabila saya melihat ramai orang mula menjual emas yang telah mereka beli, saya berasa gembira. Ini menunjukkan ramai orang ingat harga emas akan turun dan menjual emas yang mereka ada. Mereka tidak mengetahui 7 perkara yang telah saya sebutkan sebelum ini kepada anda.
Lebih ramai orang menjual, lebih rendahlah harganya... walaupun keperluan emas semakin meningkat setiap hari. Mereka tidak tahu apa yang anda tahu mengenai emas.
Jika anda membeli sekarang, anda akan melihat harga akan naik dan turun. Anda tidak perlu takut dengan peningkatan dan penurunan tersebut. Anda hanya perlu beli emas sedikit demi sedikit, semampu yang anda boleh. Jika anda perlukan wang kertas, anda boleh sahaja mengadai emas tersebut ketika harga rendah atau menjual emas tersebut ketika harga tinggi, semua bank dan kedai emas akan menerima emas anda tanpa banyak soal !! memang hebat produk bernama EMAS ni !! Simpan dapat untung, jual pun dapat untung !!
Dengan ini, anda boleh melindungi aset anda daripada semua benda yang menyebabkan wang ringgit jatuh. Seperti yang saya katakan, emas ialah anti-inflasi jadi nilai emas tidak akan turun.
PERCAYALAH, HARGA EMAS HARI INI LEBIH MURAH DARI HARGA EMAS TAHUN DEPAN..

Sumber : Jom-emas

Tuesday, July 19, 2011

PRODUK BARU PUBLIC i-JEWELLERY

ALhamdulillah, Public Jewellery telah melancarkan produk baru yang dinamakan i-Jewellery (Islamic Jewellery) yang ketulenannya dijamin pada kadar 22k (916.0) pada harga semasa yang lebih rendah dan mengikut harga pasaran antarabangsa.

Produk ini boleh didapati dengan berat 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Produk ini mengutamakan pengekalan ketulenan kandungan emas 24k nya, Justeru reka bentuknya tidak serumit seperti Public Jewellery yang biasa dan ianya lebih sesuai untuk pajakan di Ar-Rahnu.

Selain itu, spread atau beza harga Jual dan Beli nya juga diturunkan kepada hanya 10% sahaja dan untuk maklumat harga semasa boleh dilihat seperti yang dipaparkan di bahagian kanan blog ini di bawah harga Public Silver.

Sesiapa yang nak menyandarkan wang nya kepada emas dan mahu membuat pajakan Ar-Rahnu, jom beli sekarang sebelum harga emas naik lebih tinggi!

Monday, July 18, 2011

Emas lepasi paras AS$1,600 seauns


Berita Harian :Selasa , 19 Julai 2011
Pelabur alih tumpuan berikutan bimbang krisis hutang di Eropah, AS berlarutan

HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat.
Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.

Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.

“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.

Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.

Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.

Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.

Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.

Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Friday, July 8, 2011

HARGA EMAS RM202.57 segram MENGIKUT LAPORAN EKONOMI DIAKHBAR BERITA HARIAN.



8/7/2011
HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.

Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.


Link Berita Harian :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasRM202_57segram/Article

Monday, June 20, 2011

Dapatkan Kemudahan Tunai Sehingga 70% Dari Nilai Emas Anda Melalui Public Special Service (PSP)

Alhamdulillah,

Di sini saya ingin berkongsi kepada para Dealer2 rangkaian, bakal Dealer dan juga para pengunjung mengenai satu lagi perkhidmatan istimewa khusus untuk Dealer2 Public Gold sahaja. Public Special Service atau PSP ini memberikan perkhidmatan simpanan untuk emas anda dan dalam masa yang sama pihak Public Gold akan membayar kepada anda sehingga 70% dari nilai emas yang anda simpan.

Ianya seperti sistem pajakan, namun jangan salah anggap kerana di surat perjanjian simpanan tersebut langsung tiada di sebut perkataan Pajak Gadai atau pun Ar-Rahnu. Tunai 70% yang dibayar oleh PG adalah sebagai satu jaminan keselamatan ke atas emas yang disimpan.

Upah simpannya masih rendah, iaitu 1% dari nilai emas tersebut ketika simpanan dibuat, dan setiap 6 bulan penyimpan perlu mengeluarkannya dahulu sebelum menyimpannya semula dengan surat perjanjian yang baru.

Ini adalah satu advantage kepada Dealer2 PG yang tiada ditawarkan oleh mana2 syarikat yang lain. Kemudahan ini jelas menunjukkan kekuatan kewangan dan kestabilan syarikat Public Gold. Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh semua Dealer2 untuk memajukan perniagaan dan pelaburan bersama Public Gold!

Sumber : PelaburJutawan..

Saturday, May 28, 2011

Pengiraan Zakat Emas & Perak

Pengiraan Zakat Emas dan Perak
Ditulis pada 5 March 2011 – 7:39 pm | by syukor |


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400
2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)
Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.
Pengiraan zakat perak.
Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50
Kesimpulan.
Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak .

Dipetik dari blog Jutawanemas.

Sunday, May 1, 2011

PERAK KENAIKANNYA SEHINGGA 70% SETAHUN

Mungkin ramai tidak menyedari potensi perak ( silver) kerana murah dan dianggap tidak bernilai seperti emas. Tetapi bagi mereka yang sudah mengkaji dari awal potensi emas dan perak, sudah tentu perak menjadi pilihan mereka. Kalau aku inform kat sini kenaikan harga perak mengatasi emas dan ASB, korang percaya?



Menurut sumber SilverPrice History, kenaikan harga perak pada tahun 2010 ialah 70.68%, saya juga tidak percaya dengan kenaikan ini, tetapi selepas membuat sedikit kajian dan analisa, memang ternyata kenaikan harga perak mencapai 70% pada akhir tahun 2010. Sekiranya anda membeli perak dengan harga RM1000 pada awal tahun, hari ini sudah bernilai RM1700, patut la orang asyik highlight dekat saya tentang emas dan perak penyimpan nilai terbaik.



Analisa kenaikan harga perak Jan 2010 sehingga Desember 2010 –
Sumber SilverPrice.org



Pilihan ditangan anda untuk menyimpan wang dalam bentuk aset stok (saham) , aset fizikal, atau letak duit bawah bantal. Dengan penjelasan diatas, mungkin dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat, dengan sedikit usaha anda untuk mencari maklumat yang lebih terperinci, anda mampu untuk membuat pilihan yang tepat.

Wednesday, April 27, 2011

Design Terkini Public Jewellery Tahun 2011

Ini adalah antara design terkini Public Jewellery bagi Tahun 2011. Bagi yang berminat bolehlah hubungi NAZAGOLD - 013 9640142




BERMINAT BOLEHLAH HUBUNGI NAZAGOLD ( 013-9640142 )

Sunday, March 6, 2011

Mengapakah kita perlu memiliki DINAR ?



Kita perlu memiliki DINAR kerana ;
1.Dinar dibuat daripada logam yang bernilai sepanjang zaman iaitu EMAS.
2.Dinar adalah matawang Islam yang sebenar yang telah digunapakai ribu tahun dahulu.
3.Dinar sebagai harta simpanan yang stabil berbanding wang kertas.
4.Dinar sebagai pelaburan dan simpanan kerana harga emas meningkat pada setiap tahun.
5.Dinar boleh diguna dalam aktiviti muamalat seperti jual beli,hadiah.
6.Dinar juga boleh diguna dalam munakahat sebagai mas kahwin dan bayaran hantaran.
7.Dinar digunakan dalam pembayaran zakat harta.

Berminat untuk memiliki DINAR PUBLIC GOLD ....sila :
SMS/CALL ...013 964 0142 ( NIK )

Sumber : Dinar Taqwa

Wednesday, March 2, 2011

Mulakan Emas Sebagai Pelaburan Anda.

Pada masa sekarang, emas telah menjadi satu cabang pelaburan yg sangat popular di Malaysia, ini kerana pelaburan emas adalah berisiko rendah jika dibandingkan dengan pelaburan-pelaburan lain.


Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.

Buktinya?? Mari kita lihat carta di bawah ini.

Harga Emas Dunia dalam jangkamasa 10 tahun


Harga Emas Dunia dalam jangka masa 1 tahun


Contoh perkiraan disini,


Pada Dec 2000, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Dec 2010, harga emas mencecah 1400 USD per Oz (RM160/gram)


Harga emas telah mengalami kenaikan 418% selama 10 tahun, bersamaan dengan 40% setahun!!


Dari carta emas di atas, ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil dan memberikan pulangan yang tinggi iaitu sekitar 30 - 40% setahun. Jika kita ambil kira kenaikan harga emas kurang memberansangkan iaitu sekitar 15 - 20%, ia masih berbaloi!!


Cuba anda laburkan duit anda di ASB, purata dividen yg anda dapat hanyalah 7 - 9%. Itupun anda perlu simpan cukup selama 1tahun bagi mendapat pulangan dividen yg penuh.


Kalau dilaburkan di unit trust memang kita dengar keuntungan boleh mencecah hampir 50 - 60% tapi adakah ia dijamin?? kerana keuntungan saham ini adalah tidak stabil & tetap setiap tahun.

Jadi jangan tunggu lagi, mulakan pelaburan anda dengan emas!!!

Sumber : Pelaburtegar.blogspot.

Wednesday, February 23, 2011

Dinner Bersama Bos Public Gold


Tanggal 18 Februari 2011 satu majlis ringkas telah di adakan di salah sebuah hotel di Kota Bharu iaitu Majlis Makan Malam Master Dealer Kelantan dan Terengganu bersama big bos Public Gold Mr. Louis Ng.Tidak ketinggalan Master Dealer NazaGold juga dapat hadir pada majlis tersebut.Banyak info dan pengalaman yang beliau kongsikan. Mr. Louis Ng seorang yang peramah dan tidak kedekut dengan ilmu. Bersama dengan Master Dealer, banyak yang kami kongsikan dan banyak ilmu yang baru diperolehi dari Master Dealer yang lama. Semoga majlis ini kerap kali di adakan bagi kami bertukar-tukar pendapat.

Tuesday, February 22, 2011

Harga Emas kini lebih RM4,284 satu auns



Ketegangan Afrika Utara, Asia Barat pengaruhi harga

HARGA emas meningkat melebihi AS$1,400 (RM4,284) satu auns semalam, pertama kali dalam tempoh hampir tujuh minggu, berikutan ketegangan yang terus memuncak di Afrika Utara dan Asia Barat.
Ketegangan kini merebak dari Mesir dan Tunisia ke negara Asia Barat dan Afrika Utara lain apabila penunjuk perasaan berkumpul membantah pemerintahan pemimpin yang sudah memegang kuasa begitu lama.
Harga emas sesi dagangan semalam naik sehingga AS$1,400.40 (RM5,041.44) satu auns daripada paras AS$1,388.58 (RM4,249.05) satu auns ketika didagangkan di New York Jumaat lalu.

Harga kontrak hadapan emas bagi April naik AS$11.70 (RM35.8) satu auns kepada AS$1,400.30 (RM4,284.91).

“Tidak dapat disangsikan lagi bahawa kenaikan logam berharga itu yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan ketegangan di Asia Barat,” kata Daniel Major, Penganalisis di RBS Global Banking & Markets.

“Jika (pembelian) tidak dibuat menerusi dana dagangan bursa atau di Comex, ia kemungkinan besar dibuat menerusi pasaran dagangan fizikal iaitu pembelian syiling atau jongkong emas kecil, dan saya tidak menolak kemungkinan adanya pembelian lebih besar oleh individu kaya jika dilihat daripada keadaan ketegangan yang belum berkesudahan,” katanya.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam berkata revolusi di Tunisia akan menjadi model kepada lain-lain negara yang ingin melakukan pembaharuan politik.

Tentangan terus diberikan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terus merebak di ibu negara, Tripoli kelmarin dan anak lelaki berikrar untuk terus bertahan ketika semakin ramai penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu.

Harga minyak pula terus naik hampir sebanyak AS$3 setong kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun ketika peniaga melihat berlakunya ketegangan yang tidak berkesudahan di negara pengeluar minyak utama, Libya.

Harga saham di Eropah turut jatuh berikutan krisis itu.

Dalam dagangan semalam, harga perak naik setinggi AS$33.46 (RM102.38) satu auns, platinum pada AS$1,844.25 (RM5,643.4) satu auns manakala palladium pada AS$859 (RM2,628.54) satu auns. – REUTERS

Saturday, February 19, 2011

Ramalan Kenaikan Harga Emas 2011

Apakah yang dijanjikan oleh emas untuk tahun 2011 – Elizabeth Kraus – Gold Coin Blogger

Pradeep Unni, penganalisis senior di Richcomm Global Services di Dubai sebagai permulaan tahun ini beliau menjangkakan harga emas akan naik ke $ 1,455 – $ 1,480.

Emas sebagai mata wang Reserve dimana harga emas di dalam euro telah meningkat ke 38% pada tahun 2010 berbanding kenaikan emas dalam dolar sekitar 28%. Dengan keadaan emas diperlakukan hampir seperti mata wang sandaran kedua, menggantikan Euro, dan anda akan mendapatkan keputusan yang lebih baik sekiranya melabur emas melalui Euro.

Oleh kerana emas di negara kita dinilaikan dengan dolar AS,harga emas dijangka mencecah ke $ 2000/ounce jika dolar AS mengukuh…. Jika dolar AS menunjukkan kelemahan harga emas dijangka meningkat ke $ 3000/ounce iaitu kenaikan sebanyak 100% berbanding tahun 2010.

Oleh itu bertindaklah menyimpan emas mulai sekarang….Emas adalah pelaburan yang paling selamat untuk tahun 2011.

Sumber : Jaringemas.com

Wednesday, February 16, 2011

Dinar Emas

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975 gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

Dinar adalah matawang Sunah dan dibawah ini adalah kebaikan-kebaikannya:

* Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.

* Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.

* Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.

* Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

* Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.

* Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

* Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bankadalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

* Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.

* Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
*

* Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
* Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
* Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
* Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.
Sumber : Emas2011.blogspot.
Nota: artikel ini diambil dari Wikipedia

Sunday, February 6, 2011

JADUAL SEMINAR BULAN FEBRUARI 2011

Ini adalah jadual seminar bulan Februari 2011.

Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Sabtu

.

12/2/2011
Sesi 12.00 petang – 4.00 petang

Sesi 2

8.30 malam – 10.30 malam

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Johor Public Gold Johor Branch

45A Jalan Persisiran Perling

Johor Bahru
Ahad

.

.

13/2/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Melaka MITC Ancasa Hotel

sebelah MITC, Ayer keroh, Melaka
Rabu

.

16/2/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office

Sungai Petani

86B, First Floor

Jalan Pengkalan,

08000 Sungai Petani
Khamis

.

17/2/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Ipoh Public Gold Office (Ipoh, Perak)

No. 45, 45A & 45B,


Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Jumaat

.

18/2/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Penang Public Gold Bishop Street,


No. 84, Lebuh Bishop, 10200 Penang
Sabtu

.19/2/2011
Sesi 13.00 PM–5.00 PM

Sesi 2

8.30 PM– 10.30 PM

p/s: Pilih salah satu sahaja

Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Sunway Public Gold Office

42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),

Mentari Business Park,

Bandar Sunway,
Ahad

.


20/2/2011
10 pagi – 12 tengahari New Dealer Orientation(untuk agen Public Gold Sahaja) Sunway Public Gold Office

42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),

Mentari Business Park,

Bandar Sunway
Selasa 22/2/2011 8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Seremban Hotel Seri Malaysia, Seremban, Jalan Sg. Ujong
Sabtu 23/2/2011

8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Pahang Hotel Seri Kuantan, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan
Khamis24/2/2011 8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Ming Star Hotel,

Jalan Sultan Zainal Abidin

Kuala Terengganu
Jumaat25/2/2011 8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,


Tingkat 1,

Lot 257

Jalan Kebun Sultan

Kota Bharu (sebelah Public Bank)

Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?


First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.

Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-964 0142 butiran-butiran berikut

1. Nama penuh

2. Email

3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.

Tuesday, February 1, 2011

Peluang Menang Cabutan Bertuah Dengan Menjadi Dealer Public Gold.

Bertindaklah sekarang dengan menjadi dealer rangkaian NazaGold dan anda akan layak untuk cabutan bertuah dan seterusnya memengangi BlackBerry Smart Phone. Boleh hubungi saya 013-964 0142 untuk sebarang soalan dan pertanyaan, saya sedia membantu anda. Dapat EMAS

dapat juga BlackBerry….

Wednesday, January 26, 2011

Seminar Pelaburan, Perniagaan & Kewangan

Jemputan Ke Seminar Dinar Emas

Tips : Bila Nak Bermula Membeli Emas?

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yg fhm ttg konsep pelaburan di dlm emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.

Tetapi bg sesetgh individu yg masih kabur ttg konsep ini, pastinya terpengaruh dgn Sentimen Pasaran, dan berasa takut utk membeli emas krn harganya melambung semakin tggi.

Sebenarnya, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dlm dagangan futures market, mmg patut utk anda berasa takut utk membuat dagangan..

Tetapi jika anda ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yg spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pn harganya di pasaran, nilainya akn terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.



Jadi tiada istilah utk tunggu harganya turun, baru beli atau "Buy Low, Sell High" dlm pelaburan emas fizikal ini. kalau anda terus berpegang dgn konsep seperti itu, sy jamin walau harganya dh mencecah RM 200 segram sekalipun, anda masih belum membeli waima 1 gram emas, krn merasakan harganya dh cukup tinggi dan mungkin akn turun pulak jika anda membeli emas di waktu itu.

Konsep tu betul jika digunakan utk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan utk membeli emas fizikal bermakna anda telah mnggunakan teknik pelaburan yg tidak sesuai dgn portfolionya.

kesannya, sampai bila2 pn pelaburan tidak akan dibuat.


Tiada sesiapa yg boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yg cukup tnggi dan xkn naik lagi, krn jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi mnjadi sandaran kpd nilai matawang. Adakah situasi ini akan berlaku?

Make your decision now, or will never...

Sumber : PelaburJutawan.com

Tuesday, January 25, 2011

Mengapa Kita Perlu Bertukar Dari Pelaburan Biasa Kepada Pelaburan Simpanan Emas

salam sejahtera kepada semua...
Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.
Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?
Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!


Berdasarkan carta kenaikan harga emas dunia sebanyak 284% dalam masa 10 tahun.Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah 28.4%.So marilah kita sama-sama mengambil peluang meningkat taraf ekonomi melalui pelaburan emas.

Sumber : SaudagarEmas

"Rahsia Nak Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB "

Soalan 1 : Jika melabur dalam ASB, saya dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? adakah saya terpaksa jual emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.

Soalan 2 : Emas nak jual kat sape? mudah ke prosesnya..

Jawapan No 1:

Sebelum jawab lanjut soalan ni, ulasan saya adalah : sebagai orang Islam yang hidup di zaman teknologi ICT, maklumat di hujung jari, tanya saja pada pakcik google, dia akan bagitau semuanya. So kita boleh dapatkan info yang pelaburan ASB sebenarnya adalah haram, namun diistiharkan Harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas dasar kemaslahatan ummah, bukan kerana halal proses urusniaga dan pelaburannya. Oleh itu, orang kata ndak seribu daya, tak ndak seribu dalih.

ok...bagi menjawab soalan di atas pula, saya suka memberi perkiraan seperti di bawah ini terlebih dahulu.

Pada hari ni mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram - RM 2698.00 x 5 keping = RM 13 490
ii. 50 gram - RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202

Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :

i. 20g - RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g - RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal.

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual(sell price) seperti perkiraan di atas.

Jawapan soalan 2 :

Berkenaan nak jual semula kat sapa, just contact mana2 agen atau jual ke publicgold sendiri. rujuk web publicgold utk lihat senarai dealer terkini.jual kat saya pon boleh....dialu-alukan. Harga pula ikut harga buy semasa. Just bagitau nak jual balik, setuju harga then boleh jumpa untuk berurusniaga...

Sumber : SaudagarEmas

Sunday, January 23, 2011

EMAS VS ASB atau Pelaburan Saham Amanah lain

Sudah menjadi kelaziman di Malaysia, apabila ditawarkan dgn peluang pelaburan shj, sudah pasti akan dibandingkan dgn pulangan pelaburan di ASB.

Ironinya, untuk menjadi pelabur yg bijak anda perlu menilai dan meneliti beberapa aspek penting sebelum anda membuat keputusan utk melabur di dlm sesebuah portfolio itu.

Jika anda menjadikan pelaburan di ASB sebagai kayu ukur perbandingan yg menentukan kadar pulangan keuntungan dgn portfolio pelaburan yg lain, maka sgt jelas, nyata dan terang bahawasanya anda telah membuat penilaian yg salah, krn jika anda memahami konsep pelaburan yg sebenar, anda akn tahu bahawa anda tidak mndpt pulangan apa2 dgn melabur di ASB.

Mungkin anda mendpt dividen purata 8% setahun, sebenarnya itu bukanlah keuntungan, tetapi hanya kos utk melindungi penyusutan nilai wang simpanan anda. Keuntungan yg anda lihat hanyalah untung atas kertas (Profit On Paper).

Pasti anda tertanya2 kenapa sy memberi kenyataan ini?

Baiklah, pernahkah anda mengira berapa keuntungan bersih (Nett Profit) anda di dlm pelaburan ASB yg memberikan pulangan 8% setahun?

Sy yakin 100%, pastinya anda membuat pengiraan begini:

Cth: Simpan sebyk RM 20k x 8% = RM 1600

Pasti anda menganggap RM 1600 itu keuntungan tertinggi dan paling baik jika dibandingkan dgn mana2 portfolio pelaburan yg lain.

Gabenor BNM sedang membentangkan laporan Inflasi tahunan negara
Pernahkah anda mengambil tahu berapakah kadar inflasi tahunan negara?
mungkin anda tidak sedar sebenarnya kadar inflasi di malaysia pd tahun ini adalah yg tertinggi selama tempoh 27 tahun iaitu sebanyak 8.5%!!!

Ini bermakna bahawa wang tunai yg anda laburkan di ASB telah pun menyusut nilainya sebanyak 8.5%!! jadi adakah pulangan purata 8% setahun itu merupakan pilihan portfolio pelaburan yg bijak?

Cara pengiraan Nett Profit pulangan pelaburan (ROI) yg sebenar ialah :


% Pulangan - % Inflasi Tahunan Negara

Jadi jika pulangan 8% - Inflasi 8.5%, sbnrnye anda tidak mendpt keuntungan, bahkan kerugian sebanyak 0.5%!! Ini dinamakan Nett Loss, bukan Nett Profit.

Ini adalah fakta.

Mungkin jumlahnya bertambah daripada RM20k menjadi RM21,600, tetapi nilai bersihnya hanya sekadar RM19,892.00 shj. Untung atau rugi?

Nilai dan Harga (dlm konteks ini ialah jumlah pulangan) adalah 2 perkara berbeza. Nilai yg tggi sudah tentu memberi gambaran bahawa ianya perlu dibayar dgn harga yg mahal, tetapi harga yg mahal belum tentu dpt memberikan gambaran ketinggian nilai sesuatu itu. Ini kerana harga adalah sesuatu yg mudah dimanipulasi, tetapi nilai adalah sesuatu yg subjektif dan sukar dimanipulasi.

Sy mencadangkan, jika anda mempunyai simpanan di bawah RM50k di dlm ASB, lebih baik keluarkan dan belikan emas, kerana emas menjamin nilai penggandaan aset anda, sdgkan wang tunai menyusutkan nilai simpanan anda.

Hanya kira dgn mudah dgn menggunakan formula spt diatas, iaitu :

% Pulangan - % Inflasi Tahunan Negara

Ok, kadar kenaikan nilai emas setakat 1 Jan 2010 - 30 Sep 2010 ialah 20%.
Jadi pengiraannya ialah:


20% - 8.5% = 11.5% (Nett Profit)


Jika anda menjual emas yg anda kpd org lain mengikut kadar semasa, anda masih untung bersih sebanyak 11.5%. Tetapi jika anda menjualnya kpd dealer, maka anda perlu menolak peratus spread jual dan beli emas.

Jika anda jual emas di Public Gold 11.5% - 5% (Spread) = 6.5% (Nett Profit)
Tetapi jika anda jual emas di kedai emas 11.5% - 15% (Spread) = -3.5% (Nett Loss)


Tetapi Nett Profit di dlm pelaburan emas fizikal melalui formula pengiraan diatas, hanya boleh dikira jika anda telah menjualnya, dan perkiraan tersebut adalah berasaskan wang tunai yg anda dpt hasil dr jualan itu.

Jika anda masih terus menyimpannya, maka ianya akan terus memegang nilai kenaikan 20% itu dan kenaikannya terus bertambah dari semasa ke semasa. Ia tidak dipengaruhi oleh pertumbuhan inflasi, sebaliknya, semakin tggi kadar inflasi negara, semakin tggi permintaan keatas komoditi ini, dan semakin tggi harganya di pasaran.

Anda dpt lihat perbezaannya kan? sy harap slps anda membaca artikel ini pastinya anda dah tau bagaimana utk memilih portfolio pelaburan yg terbaik.

Sumber: GoldEmpire4U

Beli Sesuatu Yang Mahal, Tapi Bayar Dengan Harga Murah!!

Untuk kali ini, saya ingin berikan pendedahan yang amat penting kepada anda, sebenarnya ramai yang tidak sedar mengapa perlu kita sandarkan setiap perbelanjaan kita dengan emas.

Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas.

Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil "Fiat Money". Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.

Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas.




Caranya?

Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi.

Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.

Contoh :

Seorang rakan saya mempunyai tunai sebanyak RM100k dan beliau ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah kereta baru yang berharga RM 70k.

Saya memberi pandangan kepada beliau, jika beliau membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos2 sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak, sedangkan beliau mempunyai tunai yang banyak.

Justeru, saya menyarankan beliau agar menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar beliau tidak mengalami kerugian!!

Saya mencadangkan agar RM 100,000 tersebut dibelikan emas, pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.




Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00.

Pada ketika itu, beliau boleh menjual emasnya dan menebusnya dari Ar-Rahnu.

Perkiraan mudahnya ialah :
RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) - RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00

RM 105,000.00 - RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm tgn)

Nah, dalam hanya 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM 83,400.00.

RM 100,000.00 (Modal asal ) - RM 83,400.00 (Untung dlm tgn) = RM 16,600.00

Ini bermakna beliau telah membeli sebuah kereta yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar RM 16,600.00!!

Dan upah simpan yang beliau bayar hanyalah kira2 RM 600.00 sebulan, sedangkan jika beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli kereta, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!

Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas kan? justeru jangan bazirkan setiap sen wang anda.

Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas!!!

Jadi jangan takut untuk membeli emas, tak perlu tunggu harga turun, jika anda beli ketika harga tinggi, lebih tinggi tunai yang anda akan perolehi hasil pajakan Ar-Rahnu!!

Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah untuk dimanipulasikan, yang penting anda tahu cara pengurusannya.

Ini hanyalah secebis ilmu berharga yang saya kongsikan, masih banyak lagi yang tersimpan dalam kepala saya, dan saya bersedia untuk berkongsi dengan anda pada bila-bila masa!!

Anda tak perlu bayar untuk ilmu yang tak ternilai harganya ini, cukuplah jika anda memahami konsep ini dan bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian demi kerugian dengan cara menghubungi saya di 013-964 0142 dan beli emas sebanyak mungkin!! : )

Membeli Emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai Wang

Di Agro Bank, anda boleh sambung pajakan 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan, kemudian jika anda masih mahu meneruskan pajakan, Ar-Rahnu akan buat valuation semula dengan Nilai Marhun yang baru sehinggalah 18 bulan seterusnya, dan buat lagi valuation dan seterusnya.

Bermakna, jika kenaikan pada waktu itu 30%, anda akan mendapat lebihan tunai lagi!!

Jika selepas 18 bulan Ar-Rahnu tidak lagi menerima pajakan, sudah tentu Ar-Rahnu sendiri akan kerugian!!!

Sumber: PelaburJutawan.com

Wednesday, January 19, 2011

Berbaloikah Berhutang Untuk Membeli Emas?

Hasil daripada pemerhatian saya sepanjang bergiat dalam bidang perniagaan emas ini, ramai yang bertanyakan soalan seperti ini kepada saya. Jawapan saya semestinya "Berbaloi!!"

Saya dedahkan rahsianya kepada anda,


TEKNIK BELI & SIMPAN

Adakah anda pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian yang bakal dihadapi apabila anda berhutang utntuk membeli sesuatu yang susut nilai seperti kereta, TV, sofa, peti ais dll...?

Mungkin anda tidak terlalu bimbang akan risiko kerugiannya kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya dalam kehidupan seharian.

Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi tujuan pembelian sesuatu yang meningkat nilainya seperti emas? Bukankah pemahaman anda berkenaan pengurusan kewangan dan risiko sudah terbalik?

Saya berikan contoh, anda berhutang RM 100,000 daripada bank dan kesemuanya anda gunakan untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan.

Ambil kira purata kenaikan emas tahunan sekitar 25%, hanya selama 4 tahun sahaja anda telah menggandakan wang RM 100k itu tadi. Nah, anda dah boleh jualkan sebahagiannya, dan bayar semula pinjaman RM 100k yang anda gunakan sebagai modal tadi.

Kini anda telah memiliki sejumlah emas bernilai RM 100k secara percuma!! Jika tempoh masa kenaikan harga emas agak perlahan sekalipun ataupun istilahnya 'Worst Case Scenario', mungkin purata kenaikannya hanya sekitar 15% setahun, anda hanya memerlukan tempoh masa selama 7 tahun untuk menggandakan nilainya!!

Jika anda membuat loan ASB sebanyak RM 100k selama 20 tahun, jumlah bayaran bulanannya adalah lebih kurang sama dengan jumlah bayaran untuk Personal Loan sebanyak RM 100k bagi tempoh 20 tahun.

Tetapi boleh kah pelaburan di ASB menggandakan modal asal anda dalam tempoh masa 4-7 tahun shj?

Jika anda menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan pada tahun2 berikutnya, bermakna anda hanya akan mendapat RM 100k selepas tempoh matang selama 20 tahun itu.

Cuba anda tukarkan konsep itu dengan membuat Personal Loan dan membeli emas, dalam jangkamasa 20 tahun agak2 berapa kilo emas yang dapat anda kumpulkan?

Mengapa saya menasihatkan Personal Loan selama 20 tahun?
Walaupun interestnya agak tinggi, tetapi bayaran bulanannya adalah rendah, dan kita perlu mengambil kira sekiranya berlaku keadaan 'Worst Case Scenario', maka kita tidak akan terbeban untuk meneruskan bayaran bulanan untuk jangkamasa beberapa tahun lagi, itulah rasionalnya!!

Jangan dirisaukan tahun yang panjang kerana anda telah merancang untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang lebih awal.
Jangan dibimbangi akan kadar interest yang tinggi, kerana kadar yang tinggi hanya akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang dan ianya juga agak berbaloi untuk membayar interest yang agak tinggi sedikit bagi jangkamasa 20 tahun kerana kesannya anda dapat membuat backup plan untuk pelaburan anda sekiranya berlaku situasi2 diluar jangkaan.



TEKNIK LEVERAGING & COMPOUNDING

Katakan pula jika anda menggunakan konsep Leveraging & Compounding mengikut perkiraan berikut :

1- Beli emas RM 100k
pajak dapat RM 70k

2- Beli lagi emas RM 70k
pajak dapat RM 49k

Cukup sampai setakat itu sahaja, baki di tangan RM 49k standby untuk bayaran upah simpan selama 4 tahun (Jika kadar upah 0.6%).

Jadi sekarang nilai emas anda adalah sebanyak RM 170k dan anggarkan dalam "Worst Case Scenario", iaitu kenaikan tahunan hanya 15% sahaja.

Tahun 1 - RM 170,000 x 15% = RM 25,500 (Nilai emas anda telah menjadi RM 195,500)
Tahun 2 - RM 195,500 x 15% = RM 29,325 (Nilai emas anda telah menjadi RM 224,825)
Tahun 3 - RM 224,825 x 15% = RM 33,723 (Nilai emas anda telah menjadi RM 258,548)
Tahun 4 - RM 258,548 x 15% = RM 38,782 (Nilai emas anda telah menjadi RM 297,330)

Cari pembeli dan jualkan emas anda sekadar untuk menebus semua emas dengan membayar semula pinjaman sebanyak RM 119,000 dari Ar-Rahnu (RM 70,000 + RM 49,000).

Setelah anda membayar semula RM 119,000 kepada Ar-Rahnu, kini nilai bersih emas di tangan anda ialah sebanyak RM 178,330.00!!!!

Untuk langkah seterusnya anda boleh pilih samaada :

a) Pajakkan semula dan gunakan tunai hasil pajakan itu untuk menjelaskan pinjaman modal RM 100k kepada bank.

---->> Kelebihannya - anda masih mempunyai emas bernilai RM 178,330.00
---->> Kekurangannya - anda perlu merancang semula bagaimana mahu membayar upah simpan


b) Jualkan emas yang bernilai RM 100k dan jelaskan kesemua hutang modal anda kepada bank.

---->> Kelebihannya - anda mempunyai aset emas bersih bernilai RM 78,330.00 secara percuma.
---->> Kekurangannya - anda kehilangan peluang menggandakan nilai pelaburan anda kepada jumlah yang lebih besar.

Jika dikira secara logik, 15% x 4 tahun = 60%, jadi sepatutnya pada tahun ke-4 nilai emas anda hanyalah RM 160,000.00 sahaja.

Tapi jika anda mengurusnya secara bijak menggunakan konsep Leveraging & Compounding, % pulangan yang anda perolehi pada tahun ke-4 mencecah 197.33%, sekaligus menjadikan nilai pelaburan anda pada ketika itu menjadi RM 297,330.00!!!

Ini hanya dalam tempoh 4 tahun dan pengiraannya adalah berdasarkan keadaan "Worst Case Scenario", bagaimana jika dalam keadaan "Good Market Scenario" seperti keadaan sekarang ini?

Agak2 berapa profit margin selama tempoh 4 tahun itu?

Saya fikir anda sendiri boleh mempertimbangkan sama ada berbaloi atau tidak jika membuat pinjaman untuk pelaburan emas fizikal!!

Sumber : PelaburJutawan.com
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More