Maksud Hadis

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Friday, February 24, 2012

( Panas ) DIRHAM PUBLIC GOLD

Public Gold telah mengeluarkan produk terbaru iaitu Dirham ( Silver ). 10 Dirham dengan berat 29.75g dibuka pada harga RM150.00. Ini memberi peluang untuk mereka yang mempunyai modal yang kecil dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin menjalankan aktiviti trading, ini kerana silver kadar kenaikannya amat tinggi. Kepada yang belum lock, bolehlah berbuat demikian. Semoga anda kaya dan berjaya...Berminat untuk memiliki 10 Dirham ini boleh hubungi atau sms kat 013-964 0142

Friday, February 3, 2012

(Panas) HARGA EMAS DUNIA DI JANGKA MENINGKAT- UTUSAN MALAYSIA.

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.

Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.

Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.

Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.

Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.

Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.

Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.

Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.

Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

Sumber : Utusan Malaysia

Wednesday, February 1, 2012

KEMPEN X-PLAN KEMBALI LAGI..

Kempen X-Plan kembali lagi. Tukarkan emas lama anda ke Emas Public Gold. Public Gold membeli sebarang bentuk emas dengan harga tertinggi. Tempoh promosi bermula 1 Februari hingga 29 Februari 2012. Jangan lepaskan peluang keemasan ini !
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More