Wednesday, February 23, 2011
Dinner Bersama Bos Public Gold
Tanggal 18 Februari 2011 satu majlis ringkas telah di adakan di salah sebuah hotel di Kota Bharu iaitu Majlis Makan Malam Master Dealer Kelantan dan Terengganu bersama big bos Public Gold Mr. Louis Ng.Tidak ketinggalan Master Dealer NazaGold juga dapat hadir pada majlis tersebut.Banyak info dan pengalaman yang beliau kongsikan. Mr. Louis Ng seorang yang peramah dan tidak kedekut dengan ilmu. Bersama dengan Master Dealer, banyak yang kami kongsikan dan banyak ilmu yang baru diperolehi dari Master Dealer yang lama. Semoga majlis ini kerap kali di adakan bagi kami bertukar-tukar pendapat.
Tuesday, February 22, 2011
Harga Emas kini lebih RM4,284 satu auns
Ketegangan Afrika Utara, Asia Barat pengaruhi harga
HARGA emas meningkat melebihi AS$1,400 (RM4,284) satu auns semalam, pertama kali dalam tempoh hampir tujuh minggu, berikutan ketegangan yang terus memuncak di Afrika Utara dan Asia Barat.
Ketegangan kini merebak dari Mesir dan Tunisia ke negara Asia Barat dan Afrika Utara lain apabila penunjuk perasaan berkumpul membantah pemerintahan pemimpin yang sudah memegang kuasa begitu lama.
Harga emas sesi dagangan semalam naik sehingga AS$1,400.40 (RM5,041.44) satu auns daripada paras AS$1,388.58 (RM4,249.05) satu auns ketika didagangkan di New York Jumaat lalu.
Harga kontrak hadapan emas bagi April naik AS$11.70 (RM35.8) satu auns kepada AS$1,400.30 (RM4,284.91).
“Tidak dapat disangsikan lagi bahawa kenaikan logam berharga itu yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan ketegangan di Asia Barat,” kata Daniel Major, Penganalisis di RBS Global Banking & Markets.
“Jika (pembelian) tidak dibuat menerusi dana dagangan bursa atau di Comex, ia kemungkinan besar dibuat menerusi pasaran dagangan fizikal iaitu pembelian syiling atau jongkong emas kecil, dan saya tidak menolak kemungkinan adanya pembelian lebih besar oleh individu kaya jika dilihat daripada keadaan ketegangan yang belum berkesudahan,” katanya.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam berkata revolusi di Tunisia akan menjadi model kepada lain-lain negara yang ingin melakukan pembaharuan politik.
Tentangan terus diberikan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terus merebak di ibu negara, Tripoli kelmarin dan anak lelaki berikrar untuk terus bertahan ketika semakin ramai penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu.
Harga minyak pula terus naik hampir sebanyak AS$3 setong kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun ketika peniaga melihat berlakunya ketegangan yang tidak berkesudahan di negara pengeluar minyak utama, Libya.
Harga saham di Eropah turut jatuh berikutan krisis itu.
Dalam dagangan semalam, harga perak naik setinggi AS$33.46 (RM102.38) satu auns, platinum pada AS$1,844.25 (RM5,643.4) satu auns manakala palladium pada AS$859 (RM2,628.54) satu auns. – REUTERS
Saturday, February 19, 2011
Ramalan Kenaikan Harga Emas 2011
Pradeep Unni, penganalisis senior di Richcomm Global Services di Dubai sebagai permulaan tahun ini beliau menjangkakan harga emas akan naik ke $ 1,455 – $ 1,480.
Emas sebagai mata wang Reserve dimana harga emas di dalam euro telah meningkat ke 38% pada tahun 2010 berbanding kenaikan emas dalam dolar sekitar 28%. Dengan keadaan emas diperlakukan hampir seperti mata wang sandaran kedua, menggantikan Euro, dan anda akan mendapatkan keputusan yang lebih baik sekiranya melabur emas melalui Euro.
Oleh kerana emas di negara kita dinilaikan dengan dolar AS,harga emas dijangka mencecah ke $ 2000/ounce jika dolar AS mengukuh…. Jika dolar AS menunjukkan kelemahan harga emas dijangka meningkat ke $ 3000/ounce iaitu kenaikan sebanyak 100% berbanding tahun 2010.
Oleh itu bertindaklah menyimpan emas mulai sekarang….Emas adalah pelaburan yang paling selamat untuk tahun 2011.
Sumber : Jaringemas.com
Wednesday, February 16, 2011
Dinar Emas
Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975 gram.
Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’
Dinar adalah matawang Sunah dan dibawah ini adalah kebaikan-kebaikannya:
* Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
* Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
* Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
* Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
* Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
* Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
* Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bankadalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
* Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
* Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
*
* Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
* Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
* Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
* Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.
Sumber : Emas2011.blogspot.
Nota: artikel ini diambil dari Wikipedia
Sunday, February 6, 2011
JADUAL SEMINAR BULAN FEBRUARI 2011
Ini adalah jadual seminar bulan Februari 2011.
Hari | Masa | Tajuk | Negeri | Tempat |
Sabtu . 12/2/2011 | Sesi 12.00 petang – 4.00 petang Sesi 2 8.30 malam – 10.30 malam | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold | Johor | Public Gold Johor Branch 45A Jalan Persisiran Perling Johor Bahru |
Ahad . . 13/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold | Melaka | MITC Ancasa Hotel sebelah MITC, Ayer keroh, Melaka |
Rabu . 16/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold | Kedah (SP) | Public Gold Office Sungai Petani 86B, First Floor Jalan Pengkalan, 08000 Sungai Petani |
Khamis . 17/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. | Ipoh | Public Gold Office (Ipoh, Perak) No. 45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak |
Jumaat . 18/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. | Penang | Public Gold Bishop Street, No. 84, Lebuh Bishop, 10200 Penang |
Sabtu .19/2/2011 | Sesi 13.00 PM–5.00 PM Sesi 2 8.30 PM– 10.30 PM p/s: Pilih salah satu sahaja | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold | Sunway | Public Gold Office 42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3), Mentari Business Park, Bandar Sunway, |
Ahad . 20/2/2011 | 10 pagi – 12 tengahari | New Dealer Orientation(untuk agen Public Gold Sahaja) | Sunway | Public Gold Office 42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3), Mentari Business Park, Bandar Sunway |
Selasa 22/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. | Seremban | Hotel Seri Malaysia, Seremban, Jalan Sg. Ujong |
Sabtu 23/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. | Pahang | Hotel Seri Kuantan, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan |
Khamis24/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold | Kuala Terengganu | Ming Star Hotel, Jalan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu |
Jumaat25/2/2011 | 8.30 PM- 10.30 PM | Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold | Kelantan | Public Gold Kelantan Branch, Tingkat 1, Lot 257 Jalan Kebun Sultan Kota Bharu (sebelah Public Bank) |
Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas
Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?
First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-964 0142 butiran-butiran berikut
1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.
Tuesday, February 1, 2011
Peluang Menang Cabutan Bertuah Dengan Menjadi Dealer Public Gold.
dapat juga BlackBerry….