Maksud Hadis

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Sunday, January 16, 2011

Apa Fungsi & Tugas Sebenar Master Dealer

Alhamdulillah, penurunan harga emas semalam telah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada kita semua. Saya harap anda semua juga mengambil peluang ini untuk menggandakan keuntungan anda di dalam perniagaan dan pelaburan emas ini.

Melihat kepada tajuk posting ini, saya kira pasti ramai di antara anda tertanya2, apa tujuan saya membuat posting berkenaan tugas dan peranan sebenar seorang Master Dealer. Adakah ianya sekadar memberi bimbingan kepada rangkaiannya? Apakah peranannya kepada Public Gold? Mengapa komisyen seorang MD lebih tinggi berbanding PD dan Dealer biasa?

Pada pandangan peribadi saya, seorang MD bukan sahaja perlu membimbing rangkaiannya dalam urusan perniagaan bersama PG semata2, bahkan beliau juga perlu bertindak sebagai wakil sebenar kepada PG dalam urusniaga penjualan dan pembelian semula emas yang dijual kepada customer, dealer rangkaiannya dan juga dealer2 dalam rangkaian yang lain.

Kerana itu seorang MD perlu sentiasa mempunyai stok yang mencukupi bagi menampung permintaan pelanggan dan dealer2 yang lain.

Caranya?

Setiap kali dealer anda atau dealer lain membeli dengan anda, anda hanya perlu menjualnya dengan harga semasa ketika itu, tolak dengan komisyen dealer tersebut. Bermakna 1% jika pembeli seorang dealer biasa dan 1.5% jika pembeli seorang Priority Dealer. Memang benar sales tersebut tidak termasuk di dalam belian peribadi dealer tersebut, tapi advantagenya ialah mereka boleh membeli pada harga diskaun serta-merta berbanding perlu menunggu komisyen daripada PG pada setiap 20hb, dan sudah tentu jika mereka menjualnya kepada customer mereka dengqn harga semasa ketika itu pun dealer tersebut sudah dapat menikmati untung runcit! Tidak mengapa MD hanya untung 0.5% kerana volume jualannya juga tinggi mencecah jutaan ringgit sebulan!

Selain itu juga, dealer tersebut tidak perlu bercuti semata2 untuk urusan pengambilan stok dan berkejar2 untuk ke PG sebaik saja pulang dari pejabat. Bahkan masa pengambilan juga lebih fleksibel bergantung kepada persetujuan diantara MD dan dealer tersebut.

Begitu juga dengan urusan jualan semula (buy back), dealer hanya perlu menjualnya kepada MD dan dealer tersebut akan dibayar komisyen 0.3% serta merta, berbanding jika mereka menjual kepada PG mereka akan dibayar komisyen pada setiap 20hb. Selain itu, ianya juga memberikan keuntungan kepada MD tersebut kerana jika MD tersebut menjualnya semula kepada PG, beliau akan dibayar komisyen 0.5% pula. Bukankah lebih bijak berkongsi keuntungan berbanding jika dealer tersebut terus menjualnya kepada PG?

Justeru, peranan seorang MD tidak ubah seperti seorang tokey emas yang sebenar. Perlu sentiasa ada stok, perlu menjalankan urusan jual beli bukan sahaja kepada customer, bahkan dealer rangkaiannya dan rangkaian2 yang lain. Kerana itu seorang MD mestilah mempunyai modal pusingan yang besar untuk tujuan belian stok dan tunai untuk membeli semula jika ada dealer yang menjual kepadanya.

Kelebihan kepada MD jika dapat menyimpan stok yang dibeli ketika harga rendah, dan menjualnya pula pada harga semasa yang ketika itu harganya telah naik tinggi, bukankah untung runcitnya berganda?

Ramai MD di PG yang berpendapatan rendah hanya kerana mereka sendiri sebenarnya tidak faham apakah tugas dan peranan sebenar seorang MD. Pada pandangan mereka cukuplah sekadar mendapat 2% komisyen belian peribadi dan overriding 0.5% setiap kali dealer mereka membuat belian. Tetapi adakah ianya menjamin pendapatan yang konsisten? Adakah begini peranan dan tugas seorang peniaga emas? Di manakah proses transaksi dagangan yang berlaku?

Sehubungan itu, saya suka untuk mengingatkan kepada diri saya sendiri dan kepada MD rangkaian saya khususnya, inilah rancangan perniagaan anda bersama PG. Cuba implement kan di dalam kerjaya anda bersama PG, saya yakin insyaallah anda akan berjaya dan mendapat pendapatan pasif mencecah 5 angka sdbulan, bahkan tidak mustahil akan melebihi jumlah tersebut.

Modal? Jangan jadikan alasan. Semua peniaga memulakan perniagaan dengan berhutang kepada bank. Jika anda jelas dengan rancangan perniagaan dan pelaburan anda, tiada apa yang dapat menghalang anda untuk berjaya dan mengecapi kejayaan!

Sumber : PelaburJutawan.com

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More